HARDWARE DAN SOFTWARE SOLAT --?

Bismillahirahmanirahim dan Assalammualaikum  :)



* hardware bermaksud rukun fi'li atau perbuatan fizikal dan software bermaksud rukun qauli dan qalbi 

hardware dan software solat sama seperti kita memperbaiki hardware dan software iaitu kita memperbaikinya .

perkara pertama untuk memperbaiki solat ialah dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat .   "bagaimana ? "
sebagai contoh ,cari makna surah al fatihah ...bukan setakat cari tetapi mengahayati sewaktu membaca nya dalam solat .

kedua , sewaktu solat , perlu ada rasa hina diri , barharap , malu , takut , kagum kepada Allah SWT dalam sujud kita , itu yang penting . 


teringat saya amaran daripada Imam al-Ghazali , bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa , sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.

tidak perlu tergesa-gesa untuk berubah kerana tergesa-gesa itu amalan syaitan :)
perlahan-lahan lah untuk mempertingkatkan mutu solat kita :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


satu hari tu ada kawan saya bertanya , dia dari seremban . kami hanya ber-chat di facebook .dia menanyakan tentang solat dan topik kami itu berpanjang sehingga ke topik lain iaitu " kenapa lama sangat untuk menjadi baik. ? "


kawan-kawan sekalian , untuk mendidik diri kita menjadi baik ialah dari hati kita . hati ialah raja bermaksud hati boleh menguasai semuanya termasuk akal fikiran kita . untuk mendidik kita supaya sentiasa menjadi baik pula ialah dengan cukupkan solat lima waktu. 
 
" bagaimana pula untuk yang tidak solat? "

senang je, ajak mereka solat :)

" kalau mereka tak nak ? "

sikap sabar dan tidak berputus asa itu penting . contohi lah sikap baginda Muhammad kita . baginda berhijrah begitu lama tetapi tidak terdetik langsung di hatinya untuk berputus asa .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

*urut tangan * alhamdulillah :) akhirnya siap juga saya berkongsi ilmu yang ada dengan mukmin sekalian :)
harap apa yang dikongsi dapat di amalkan semua yang membaca :)


Sekian dari Nurfadhilah Inani bt Abdul Razak
Assalammualaikum :)






Awak baca, awak awesome. ^.^